Akhirnya Nicolas Cage Dapat Beraksi sebagai Superman menerusi Filem Animasi TEEN TITANS GO! TO THE MOVIES

107

Written by:

AnimasiFilemKomikTV

Tiada apa yang mustahil dalam dunia komik.

Baru-baru ini, kita telah diberitakan bahawa komposer dan penyanyi Halsey serta penyanyi rap Lil Yachty akan menyumbangkan bakat suara mereka sebagai Wonder Woman dan Green Lantern menerusi filem Teen Titans GO! To The Movies.

Dan baru sebentar tadi menurut sumber yang dipetik dari USA Today telah mendedahkan nama selebriti yang akan melakonkan suara untuk watak utama, Superman.

20 tahun selepas terlepas peluang dan digembar-gemburkan untuk membintangi filem Superman Lives! arahan Tim Burton (Batman, Batman Returns), pelakon veteran Nicolas Cage (Ghost Rider, Kick-Ass) bakal muncul akhirnya sebagai Superman dalam filem animasi tersebut walaupun wajahnya tidak ditampilkan.

Menurut petikan kenyataan yang diambil dari penerbit Sam Register:

“Every superhero in the DC Universe has an impact on the fans, so we felt a great responsibility to find a voice for each character that would not only suit the role, but the playful tone of the Titans, and we’re thrilled with our cameo cast..”

Teknik pemilihan seperti ini kerap digelar sebagai “Stunt Casting” kerana mahu mewujudkan tarikan menarik dan besar kepada para peminat serta penonton kelak.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda bersetuju dengan pemilihan ini atau sebaliknya?

Lontarkan komen dan pendapat anda seperti biasa menerusi ruangan di bawah seperti biasa.

 

Last modified: March 13, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *