SCOOBY-DOO dan SUPERNATURAL Bergabung dalam Satu Episod Animasi Televisyen Khas!

141

Written by:

KomikSemasaTV

“Scooby-Dooby-Doo!!”

Saluran CW baru-baru ini telah melancarkan iklan promosi untuk siri televisyen Supernatural dan Scooby-Doo bagi sebuah episod khas pelintang (crossover) berjudul “ScoobyNatural”.

Sumber yang diperolehi dari Entertainment Weekly mendedahkan pandang pertama berserta video promosi yang memperlihatkan adik-beradik Winchester tersebut dalam gaya animasi ikonik Hanna-Barbera di samping pasukan penyiasat Daphne, Velma, Fred, Shaggy dan sudah semestinya Scooby-Doo!

Episod separa animasi dan separa aksi hidup itu nanti akan membawa duo tersebut masuk ke alam animasi Scooby-Doo yang kebetulan pula adalah siri animasi kartun kegemaran Dean semasa kanak-kanak.

Tonton treler rasmi Supernatural untuk episod “ScoobyNatural” tersebut di bawah ini:

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Penerbit Eksekutif Robert Singer:

“Once they get over their amazement at being in the cartoon, two things happen: They say, ‘We have been in a situation like this before with the Trickster and I think we’re supposed to play this out’.. And then they realize they’re in a Scooby-Doo cartoon, which makes Dean incredibly excited because Scooby-Doo was his favorite cartoon growing up.”

Manakala berikut pula adalah sinopsis rasmi penuh untuk episod tersebut:

“Supernatural gets animated when Sam, Dean and Castiel are transported into the world of Scooby-Doo! Sam (Jared Padalecki), Dean (Jensen Ackles) and Castiel (Misha Collins) are transported into the animated world of Scooby-Doo where they join forces with the Scooby gang to solve a ghostly mystery.”

Episod “ScoobyNatural” akan disiarkan pada 29 Mac ini menerusi saluran The CW.

Last modified: March 10, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *