Biarpun masih di peringkat perbincangan namun kartunis lagenda itu berkata jika segalanya berjalan lancar, karya yang diterbitkan pada 1979 tersebut bakal di bawa ke layar perak dan diarahkan seorang pengarah filem seni dari Perancis.

Lat yang pernah diiktiraf sebagai Kartunis Sepanjang Zaman berkata, beliau tidak menyangka akan dapat bekerjasama denga pengarah itu memandangkan kartunis berusia 67 tahun itu pernah menonton filem arahannya yang mengisahkan kehidupan kanak-kanak Vietnam pada sekitar tahun 1950an.

Katanya kepada wakil media semalam:

“Ada ramai kawan-kawan ‘orang filem’ yang berminat mengadaptasikan karya saya kepada filem dalam bentuk kehidupan sebenar. Saya kata, cukuplah, saya sudah letih untuk berbuah mengenai Kampung Boy. Tetapi apabila menerima tawaran pengarah dari Eropah yang ingin memfilemkannya, terpaksalah saya berbincang. Kalau mereka hendak mengetengahkan kebudayaan kampung, kehidupan Melayu di kampung dan Malaysia, apa salahnya. Lagipun saya sudah tonton filemnya sejak 1990-an lagi ketika di London, United Kingdom.”