Filem Adaptasi Komik BLOODSHOT Lakonan Vin Diesel Dijangka Mula Penggambaran Mei 2018!

320

Written by:

Filem adaptasi komik terbitan Valiant Comics iaitu Bloodshot dijangka akan mula produksi menjelang tengah tahun ini.

Lokasi penggambaran sudah disahkan akan mengambil tempat di Origo Film Studio yang terletak berdekatan Budapest, Hungary dan Capetown, South Africa berdasarkan sumber oleh Omega Underground. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan besar jadual penggambaran untuk filem Furious 9 akan memberi kesan kepada jadual filem Bloodshot ini  biarpun tidak ada sebarang maklumat rasmi diumumkan.

Dicipta pada tahun 1992 by oleh penulis Kevin Van Hook dan pelukis Yvel Guichet, komik Bloodshot ini menceritakan tentang seorang askar elit luarbiasa yang hilang daya ingatan (amnesia) dan telah dimanipulasi oleh Project Rising Spirit. Tanpa sebarang memori masa lampau, agen ini memburu seluruh pelusuk dunia demi menjejaki asal-usulnya dan membalas dendam atas segala perbuatan yang diperlakukan ke atas dirinya.

Dengak klasifikasi R-rated, Bloodshot akan diterbitkan untuk tayangan oleh Sony pada tahun 2019 dengan arahan oleh Dave Wilson iaitu rakan sejawat Tim Miller (Deadpool, Terminator 6) di Blur Studios.

Last modified: February 25, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *