Marvel Comics Bakal Lalui Fasa Terbesar Pemulihan Semula (Overhaul) Menjelang Pertengahan 2018!

300

Written by:

AnimasiBukuDan Lain-LainFilemKomikSemasaTV

Sesuatu yang mengejutkan dan luarbiasa bakal berlaku tidak lama lagi.

Marvel Comics telah mengumumkan rancangan untuk penyusunan semula seluruh terbitan mereka pada tahun 2018 dengan menjanjikan barisan karyawan kreatif baru, judul komik baru dan lebih banyal lagi kejutan baru buat peminat.

Penerbit komik yang cukup popular dengan watak-watak seperti Captain America, Iron Man, Thor, Hulk, Avengers dan X-Men itu turut mendedahkan sebuah ilustrasi promosi oleh Jim Cheung beserta sebuah video eksklusif yang menampilkan Ketua Editor, C.B. Cebulski dan Ketua Pegawai Kreatif, Joe Quesada.

Tonton video tersebut di bawah ini:

Biarpun tiada butiran atau perincian khusus diberikan dalam video di atas, tetap terdapat beberapa pembaharuan ketara untuk perhatian kita semua. Antara terlihat adalah kembalinya semula Thor versi asal (bukan Jane Foster) memegang tukul baru dan tangan baru bersalut emas, peranan lebih besar Ant-Man dan Wasp disebabkan oleh kemunculan sulung duo tersebut menerusi layar pawagam tidak lama lagi serta barisan baru Avengers dengan kemasukan Black Panther, Ghost Rider dan She-Hulk!

Maklumat lanjut untuk perkembangan di atas akan kami ikuti dan laporkan dari masa ke semasa.

Last modified: February 20, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *