Kelibat Sayap Ikonik Superman Terlihat dalam Video Promo Terbaru Siri TV KRYPTON!

103

Written by:

FilemKomikSemasaTV

“This cape belongs to your future grandson..”

Video promosi yang terbaru untuk siri televisyen terbitan SyFy dan DC Comics, Krypton telah menampilkan sebuah peninggalan daripada masa hadapan.

Dengan tempoh durasi ringkas, moyang kepada Kal-El telah menjumpai sayap daripada kostum ikonik Superman yang memaparkan simbol Keturunan El. Namun apabila Seg-El cuba untuk memegang dan mendakap sayap tersebut, ia dengan secara tiba-tiba lenyap daripada genggaman.

Suara latar video promosi ini turut meyatakan:

“You have to save your world. You have to save your legacy.

Sayap yang lenyap itu adalah simbolik kepada cabaran Seg-El dalam siri televisyen ini: Selamatkan planet asal-usul keturunan keluarganya atau membiarkan ia terus musnah sebelum Superman sempat diselamatkan ke bumi. Dengan konsep ala Black to the Future, jelas kisah yang bakal dipertontonkan kepada kita tidak lama lagi adalah sesuatu yang menarik dan unik!

Berikut adalah sinopsis penuh untuk Krypton:

“Set two generations before the destruction of Superman’s home planet, KRYPTON follows Seg-El (Cameron Cuffe), the legendary Man of Steel’s grandfather whose House of El was ostracized and shamed. With Krypton’s leadership in disarray, Seg-El encounters Earthly time-traveler Adam Strange (Shaun Sipos) who warns he’s under the clock to save his beloved world from chaos. Fighting to redeem his family’s honor and protect the ones he loves, Seg is also faced with a life and death conflict: Save his home planet or let it be destroyed in order to restore the fate of his future grandson!”

Krypton akan mula bersiaran menerusi saluran Syfy pada 21 Mac, 2018.

Last modified: February 3, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *