Pandang Pertama Poster Rasmi Sulung & Video Promo Acah untuk Treler Penuh MISSION: IMPOSSIBLE – FALLOUT!

163

Written by:

FilemSemasaTV

Ramai yang nampaknya menantikan hujung minggu untuk tiba.

Selain filem-filem blocbuster besar Hollywood lain, Tom Cruise juga jelas tidak mahu ketinggalan untuk mempromosikan filem keenam francais filem thriller perisikan paling dinantikan tahun ini. Dengan perkongsian sebuah poster acah rasmi untuk Mission: Impossible – Fallout, ia turut diiringi dengan dua video promo acah dengan babak menarik filem tersebut. Kita dapat melihat secara ringkas kemunculan semula Agen IMF Ethan Hunt, Ilsa Faust (Rebecca Ferguson), Benji Dunn (Simon Pegg), Luther Stickell (Ving Rhames) dan Alan Hunley (Alec Baldwin).

Sebagai bonus, kemasukan Henry Cavill (Man of Steel, Justice League) sebagai antagonis utama bernama August Walker dan Angela Bassett selaku Ketua Pengarah baru CIA turut merancakkan lagi pengharapan penonton dan peminat.

Tonton kedua-dua video promo acah dan poster rasmi sulung tersebut di bawah ini:

Mission: Impossible – Fallout akan berada di pawagam seluruh dunia pada 27 Julai, 2018.

Last modified: February 1, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *