Pandang Pertama April O’Neil Berkulit Hitam dalam Siri Animasi Baru, RISE OF THE TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES!

194

Written by:

AnimasiKomikSemasaTV

Nickelodeon bakal tampil dengan sebuah siri animasi baru Teenage Mutant Ninja Turtles.

Dijadualkan untuk siaran tahun ini dengan tarikh yang belum lagi diumumkan secara rasmi, buat pertama kalinya kita dapat melihat rekaan watak-watak popular ciptaan Kevin Eastman tersebut secara eksklusif.

Kat Graham (The Vampire Diaries) akan hadir sebagai April O’Neil, Josh Brener (Silicon Valley) sebagai Donatello, Omar Miller (Ballers) sebagai Raphael, Brandon Mychal Smith (You’re The Worst) sebagai Michelangelo dan Ben Schwartz (Parks and Recreation) sebagai Leonardo. Manakala Eric Bauza akan tampil memegang watak Splinter serta John Cena melakonkan suara untuk watak penjahat bernama Baron Draxum!

Apa pendapat anda tentang versi terbaru Teenage Mutant Ninja Turtles ini? Komen anda seperti biasa menerusi ruangan dibawah.


Last modified: February 1, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *