Sut Tempur Lex Luthor Akhirnya Buat Kemunculan Aksi Hidup Sulung dalam SUPERGIRL!

302

Written by:

KomikSemasaTV

Kita pernah melihat Lex Luthor muncul beberapa kali dalam versi aksi hidup.

Tidak kira menerusi filem atau kaca televisyen.

Akan tetapi kita belum pernah lagi menyaksikan beliau mengenakan sut tempurnya untuk pertembungannya dengan Superman. Ia mungkin bakal menjadi kenyataan sekiranya sesuatu yang lebih besar berlaku sepertimana ditunjukkan dalam kredit bonus kesudahan filem Justice League. Namun buat ketika ini, sebuah versi sut tempur tersebut telah diperkenalkan buat kali pertama menerusi episod terbaru Supergirl.

Ia tampak sangat hebat walaupun tidak dipakai oleh Lex Luthor sendiri tetapi dicuba oleh ibunya sendiri untuk bertempur dengan Mon-El dan Supergirl.

Tonton babak tersebut di bawah ini dan berikan pandangan serta komen anda seperti biasa menerusi ruangan tersedia:

Last modified: January 30, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *