Peminat Manipulasi Imej Sulung Brie Larson sebagai CAPTAIN MARVEL dengan Rekaan Warna Lebih Taat Komik!

290

Written by:

Apakah ini yang anda mahu saksikan kelak?

Ramai di antara kita sudah pun melihat beberapa foto dari set penggambaran yang memberikan pandang pertama imej Brie Larson sebagai Captain Marvel pada awal hari ini.

Walaupun rekaan seragam tersebut telah mendapat resepsi positif di kalangan peminat-peminat komik, namun ramai pula yang masih lagi tidak mengerti dan kurang faham akan pemilihan skema warna pada sosok tubuh pemenang Anugerah Academy tersebut sepertimana yang dipaparkan di bawah ini:

Rasanya tidak keterlaluan jika kami mengandaikan bahawa kelibat watak Carol Danvers dalam foto di atas hanyalah versi prototaip Kree dan pasti akan mengemaskini seragamnya apabila filem tersebut ditayangkan menjelang tahun hadapan.

Walau bagaimanapun, seorang pelayar Reddit dengan nama BeautifilBasket telah mengambil inisiatif sendiri dengan memanipulasi salah satu imej di atas demi memastikan ianya lebih taat kepada rekaan seragam menerusi versi warna asal komik:

Apa pula pandangan dan pendapat anda mengenai perkara ini? Nyatakan menerusi ruangan komen seperti biasa yang disediakan di bawah.

Captain Marvel akan berada di pawagam seluruh dunia pada 6 Mac, 2019.

Last modified: January 26, 2018

One Response to " Peminat Manipulasi Imej Sulung Brie Larson sebagai CAPTAIN MARVEL dengan Rekaan Warna Lebih Taat Komik! "

  1. Ferdy says:

    biasanya costume Marvel akan diCGIkan dulu sebelum ke layar perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *