Tonton Treler Rasmi Sulung Filem Animasi SUICIDE SQUAD: HELL TO PAY!

159

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

IGN telah melancarkan treler rasmi yang pertama untuk filem animasi DC Comics berjudul Suicide Squad: Hell to Pay.

Ia memberikan kita semua gambaran lebih jelas mengenai apakah yang boleh kita harap dan jangkakan daripada naskah terbaru keluaran Warner Bros. Animation dan DC Entertainment itu. Berdasarkan apa yang telah diperlihatkan, Amanda Waller akan merekrut Deadshot, Captain Boomerang, Harley Quinn, Bronze Tiger, Killer Frost dan Copperhead untuk memburu serta memberkas Vandal Savage. Daripada butiran yang diterima, ada sebuah “objek mistik” berada dalam genggaman beliau dan ia perlu diambil semula dengan kadar segera!

Masih tiada tarikh rasmi untuk Suicide Squad: Hell to Pay berada di pasaran dalam format Blu-ray dan DVD.

Last modified: January 18, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *