Karya Pelukis Komik Popular, Frank Quitely Bakal Hiasi Hotel Radisson Red!

104

Written by:

Berita ini diharapkan bakal menginspirasikan anda.

Apabila pengunjung masuk ke dalam Hotel Radisson Red di Glasgow, Scotland, mereka bakal terkesima dengan hasil seni luarbiasa karya pelukis komik yang amat popular menerusi judul All-Star Superman, Batman and Robin, JLA: Earth-2 dan New X-Men iaitu Frank Quitely tidak lama lagi.

Beliau yang kebetulan anak jati warganegara Scotland telah dikomisen oleh pihak pengurusan hotel tersebut dan bakal dibuka untuk kunjungan umum pada April 2018 nanti. Ia terletak di kawasan Finnieston Quay serta menempatkan 174 bilik dengan segenap ruang legar hotel bakal dihiasi oleh hasil lukisan Frank Quitely.

Memberitahu wakil akhbar The Herald dalam satu wawancara eksklusif:

“I think most people’s perception of hotels is they buy in the worst kind of art they can find from some hotel art factory. I am eager to change this perception with Radisson Red after the hotel commissioned me to create an aesthetic based on my very unique style. There’s a general party atmosphere with a little bit of humour..”

Beliau yang memiliki nama sebenar Vincent Deighan membuat kesimpulan hasil akhirnya nanti memang diniatkan untuk menggambarkan sosio-budaya sekitar Glasgow umumnya dan Scotland khasnya.

Last modified: January 17, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *