Duo Penulis Skrip Filem SPIDER-MAN: HOMECOMING Dilamar untuk Mengarah FLASHPOINT!

102

Written by:

Ada perkembangan mutakhir untuk peminat The Flash di mana jua berada.

Laporan terkini yang hadir dari sumber Variety mengesahkan bahawa pihak Warner Bros. sudah memasuki fasa rundingan awal bersama John Francis Daley dan Jonathan Goldstein untuk menerajui kerusi sutradara untuk filem Semesta Sinematik DC (DCEU) yang seterusnya iaitu Flashpoint.

Berdasarkan berita tersebut, pilihan pertama untuk filem solo The Flash pada peringkat asalnya adalah Ben Affleck tetapi pemenang Anugerah Academy sebanyak dua kali itu telah menarik diri dengan sebab yang tidak didedahkan secara rasmi. Robert Zemeckis (trilogi Back to the Future, Forrest Gump, Cast Away) juga pernah dikhabarkan untuk mengambil-alih peranan sebagai pengarah seperti dalam laporan kami DI SINI tetapi nampaknya pihak studio mahu menunggu lama untuk jadualnya kosong sebelum memulakan penggambaran.

Masih belum ada jadual produksi rasmi memandangkan teraju utama, Ezra Miller masih lagi sibuk menjalani sesi penggambaran untuk Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald.

Duo John Francis Daley dan Jonathan Goldstein mula mendapat perhatian ramai dengan filem reboot Vacation dan sudah tentunya sebagai penulis skrip untuk Spider-Man: Homecoming. Mereka turut menghasilkan jalan cerita untuk Horrible BossesThe Incredible Burt WonderstoneCloudy with a Chance of Meatballs 2, dan Horrible Bosses 2.

Last modified: January 17, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *