Video Promo Terbaru Slot Saluran CW Dedahkan Seragam Lebih Tepat Komik Mo-El dalam SUPERGIRL!

211

Written by:

KomikSemasaTV

Saluran The CW telah menyiarkan sebuah video promosi untuk barisan siri televisyen pertengahan musim.

Dalam masa yang sama, ia turut memberikan kita penampilan ringkas untuk seragam dan imej terbaru watak Mon-El lakonan Chris Wood menerusi siri televisyen Supergirl. Ia adalah sangat berbeza dengan versi yang kita lihat sebelum ini dan amat tepat dan hampir dengan versi komik terbitan DC Comics.

Kita telah melihat seragam Mon-El bersama Legion of Superheroes yang digunakannya sekarang tetapi dengan tersiarnya video promosi terbaru ini, sudah pasti adiwira tersebut akan mengemaskini sekali lagi seragamnya itu.

Video tersebut turut memperlihatkan kelibat terkini The Flash, Arrow dan Legends of Tomorrow.

Episod Supergirl yang baru berjudul “Fort Rozz” akan kembali bersiaran pada 22 Januari minggu hadapan. Tonton video promosi saluran The CW yang mendedahkan seragam baru Mon-El itu di bawah ini:

Berikut adalah sinopsis rasmi episod “Fort Rozz”:

“SUPERGIRL TEAMS UP WITH SATURN GIRL, LIVEWIRE AND PSI as Reign (Odette Annable) continues to terrorize the city, Supergirl (Melissa Benoist) teams up with Saturn Girl (guest star Amy Jackson), and the two recruit Supergirl’s former enemies, Livewire (guest star Brit Morgan) and Psi (guest star Yael Grobglas), to form a team for a mission to Fort Rozz to recover a prisoner who has information on how to defeat Reign once and for all. Meanwhile, Alex (Chyler Leigh) babysits Ruby (guest star Emma Tremblay)”

Last modified: January 17, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *