Filem THE DARK KNIGHT Bakal Ditayangkan Semula Di Pawagam untuk Sambutan Ulangtahun ke-10!

150

Written by:

The Dark Knight bakal sambut usia ulangtahunnya ke-10 tahun ini.

Untuk meraikan naskah epik adaptasi komik adiwira Batman terbitan DC Comics itu, Showcase Cinemas akan menayangkan kembali filem arahan Christopher Nolan tersebut pada 8 dan 11 Februari 2018. Ia adalah sebuah penghargaan kepada sebuah filem dengan genre adaptasi komik secara khusus dan seluruh dunia perfileman secara am.

Semasa tempoh tayangan rasminya pada tahun 2008, The Dark Knight telah berjaya mengumpul kutipan box-office lebih USD$1 bilion serta disambut cemerlang oleh para penonton dan peminat. Ia langsung mendapat lapan pencalonan Anugerah Academy dan berjaya meraih dua daripadanya.

Dengan pencapaian status kultus (cult status) dan dilabel sebagai filem adaptasi komik terbaik setakat ini oleh ramai pengkritik dan penggemar filem.

Walau bagaimanapun, Showcase Cinemas hanya beroperasi di kawasan timur laut Amerika Syarikat terutama daerah New York dan ramai di antara kita tidak akan berpeluang untuk merasai pengalaman ini.

Last modified: January 16, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *