Tonton Treler Acah Rasmi Sulung untuk Telefilem Adaptasi Karya Klasik Ray Bradbury, FAHRENHEIT 451!

82

Written by:

BukuFilemSemasaTV

“Fact. Fiction. It all burns..”

Pada tahun 1953, Ray Bradbury pernah menghasilkan sebuah novel distopia dimana buku telah dikenakan sekatan undang-undang dan sepasukan “bomba khas” akan menghapuskannya andai dijumpai di satu zaman akan datang.

Ia kini telah diadaptasikan ke dalam format telefilem oleh HBO dengan sebuah treler acah rasmi sulung dipertontonkan buat pertama kali. Dengan hanya pendedahan ringkas premis dan jalan cerita novel tersebut, video tersebut memperlihatkan sebuah naskah novel Crime and Punishment karya novelis Fyodor Dostoyevsky dibakar atas lambakan buku-buku lain.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk siri telefilem tersebut:

“In a terrifying care-free future, a young man, Guy Montag whose job as a fireman is to burn all books, questions his actions after meeting a young girl ..and thus begins to rebel against society.”

Ia dibintagi oleh Michael B. Jordan (Black Panther, Fantastic Four) sebagai Guy Montag, Michael Shannon (Man of Steel, The Shape of Water) sebagai Kapten Bomba Betty dan Sofia Boutella (Star Trek Beyond, Kingsman: The Secret Service) sebagai Clarisse.

Last modified: January 15, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *