WONDER WOMAN Gondol Gelaran Filem Aksi Terbaik untuk ANUGERAH PILIHAN PENGKRITIK KE-23!

139

Written by:

Wonder Woman telah berjaya meraih gelaran Filem Aksi Terbaik hari ini semasa Anugerah Pilihan Pengkritik ke-23 (23rd Annual Critics’ Choice Awards).

Ia telah mendapat saingan hebat oleh barisan filem-filem blockbuster lain seperti  Logan, War for the Planet of The Apes, Thor: Ragnarok dan Baby Driver.

Memaniskan lagi pengiktirafan tersebut adalah penghargaan buat Gal Gadot yang menerima Anugerah #SeeHer kerana usaha beliau mencabar peranan stereotaip wanita di Hollywood bersama Patty Jenkins. Walau bagaimanapun, pemenang terbesar pada acara anugerah tahunan ini adalah filem arahan Guillermo Del Toro (Pacific Rim, Hellboy) iaitu The Shape of Water yang meraih empat anugerah utama termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Tonton petikan video kemenangan Wonder Woman tersebut di bawah ini:

Last modified: January 12, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *