Lihat Pandang Pertama Tom Hardy sebagai Eddie Brock dalam Filem Solo VENOM!

142

Written by:

Terima kasih kepada sumber yang diterima dari IGN, kami akhirnya dapat mendedahkan secara rasmi pandang pertama Tom Hardy (Mad Max: Fury Road, The Revenant) sebagai Eddie Brock!

Pelakon tersebut yang baru-baru ini membuat cameo tersembunyi dalam Star Wars: The Last Jedi telah dilihat di beberapa set penggambaran berlatih untuk watak utama dalam filem Venom itu, namun pendedahan hari ini memberikan kita gambaran paling jelas. Berdasarkan imej di bawah, kita akan dipersembahkan dengan sebuah kisah asal-usul watak tersebut berdasarkan gaya seorang jurnalis yang seolah-olah sedang menyiasat sebuah cerita dengan buku nota di tangan:

Namun persoalan terbesar yang masih menjadi tanda-tanya di kalangan peminat adalah sama ada Peter Parker/Spider-Man akan membuat kemunculan dalam filem ini kelak atau tidak. Harus diingat, Venom tidak akan mempunyai jalan cerita atau kesinambungan dengan Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Oleh itu, kita semua boleh melupakan kelibat Tom Holland untuk hadir dan bergasak dengan Tom Hardy.

Sony Pictures juga turut mendedahkan sebuah video khas yang berlangsung semasa Brazil Comic-Con Experience (CCXP17) bulan lalu yang menampilkan pengarah Ruben Fleischer (Zombieland, Gangster Squad) dan Tom Hardy. Mereka menjelaskan kepada para hadirin acara tersebut secara langsung apa yang bakal dipertontonkan kepada mereka menjelang tayangannya hujung tahun nanti.

Tonton video khas tersebut di bawah ini:

Filem solo Venom akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Oktober, 2018.

Last modified: January 12, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *