Filem Solo BLACK WIDOW Diluluskan Marvel/Disney dengan Perlantikan Penulis Skrip Rasmi!

140

Written by:

Apakah filem ini nanti bakal menandingi kehebatan filem adiwiranita, Wonder Woman?

Selepas lebih sedekad bermulannya kontinuiti epik Semesta Sinematik Marvel (MCU), Marvel Studios akhir telah memulakan langkah awal untuk pembikinan sebuah filem solo Black Widow yang sejak sekian lama dinantikan peminat.

Berdasarkan sumber yang diperolehi menerusi sumber Variety, pihak eksekutif studio produksi telah melantik penulis skrip Jac Schaeffer untuk merencanakan jalan cerita untuk filem tersebut.

Calon 4 kali Anugerah Golden Globe, Scarlett Johansson (Ghost in the Shell, Lucy) akan kembali seperti biasa untuk menerajui peranan utama.

Laporan di atas menyatakan bahawa penerbitan solo tersebut masih dalam peringkat pembangunan awal dan belum menerima sebarang “lampu hijau”. Tetapi dengan Jac Schaeffer dipilih sendiri oleh Presiden Marvel Studios, Kevin Feige selepas pertemuan dengan ramai calon penulis semasa musim cuti baru-baru ini, ada kemungkinan besar ia akan menjadi salah satu filem untuk slot Fasa 4 bagi MCU di masa akan datang.

Last modified: January 11, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *