Tonton Petikan Video Eksklusif Belakang Tabir Pembikinan THOR: RAGNAROK (4K Ultra HD & Blu-ray) yang Lucu dan Menghiburkan!

62

Written by:

Pengumuman rasmi telah dibuat pada hari ini bahawa filem Thor: Ragnarok bakal berada di pasaran untuk format 4K Ultra HD dan Blu-ray bermula 6 Mac, 2018.

Untuk itu, sebuah petikan video di belakang tabir bagi pembikinan filem di atas sudah diperlihatkan dan menampikan pengarahnya, Taika Waititi. Lucu, menghiburkan dan cukup bersahaja. Itulah gaya yang dipersembahkan sutradara tersebut dan turut bertindak sebagai hos.

Turut muncul memberikan komentar adalah barisan pelakon utama Chris Hemsworth, Tessa Thompson dan Cate Blanchett yang sama-sama memuji sahsiah riang-ria pengarah asal New Zealand itu.

Tonton petikan video tersebut di bawah ini:

Last modified: January 11, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *