Ada Kemungkinan Besar Green Lantern Corps Akan Muncul dalam Siri TV KRYPTON!

58

Written by:

KomikSemasaTV

Musim pertama siri televisyen Krypton nanti hanya akan disiarkan sebanyak 10 episod.

Akan tetapi, banyak indikasi telah membuktikan bahawa kisah asal-usul keturunan Kal-El/Superman dari planet Krypton ini nanti bakal menjadi platform utama untuk mengembangkan lagi sisi kosmik DC Comics di layar televisyen dengan seara signifikan. Pembayang tersebut didedahkan oleh “orang kuat” DC Comics, Geoff Johns dan David Goyer semasa sidang siri jelajah Persatuan Pengkritik Televisyen (Television Critics Association) semalam apabila menyatakan angakatan Green Lantern Corps dan Omega Men akan muncul apabila jalan cerita tersebut bermula:

“The deal with the show is it’s kind of this gateway into the DC science fiction universe. Because also the Phantom Zone figures into this show, it means we can delve into other times and planets eventually.” 

Ini secara tidak langsung membuka peluang untuk lebih banyak kemungkinan jalan cerita yang berbeza-beza.

“Any of these characters could eventually show up. Even the inclusion of Adam Strange, that should tip you off that it’s not just going to be on Krypton.” 

Nampaknya siri ini berpotensi menjadi sebuah siri televisyen baru yang hebat kerana ia melibatkan banyak bakat-bakat besar di depan dan belakang tabir produksi. Dengan kebarangkalian tersebut, ada kemungkinan kelibat Superman sendiri akan muncul disebabkan unsur pengembaraan masa dan multidimensi untuk melawat tanah kelahiran beliau.

Krypton akan mula bersiaran menerusi saluran SyFy pada 21 Mac, 2018.

Apa pula pendapat dan pandangan anda? Nyatakan komen seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah.

Last modified: January 10, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *