Legenda Marvel Stan Lee Dituduh Pelaku Gangguan Seksual oleh Agensi Jururawat?

185

Written by:

AnimasiBukuDan Lain-LainFilemKomikSemasaTV

Tuduhan demi tuduhan salah laku dan gangguan seksual semakin menular di Hollywood kini.

Selepas beberapa pendedahan dan bukaan kes berprofil tinggi sejak beberapa bulan lalu, nampaknya tempias tersebut sudah terkena kepada legenda dan penulis/pelukis komik Marvel tersohor, Stan Lee.

Beliau yang baharu menyambut ulangtahunnya yang ke-95 telah dituduh melakukan beberapa salah laku oleh sekumpulan jururawat yang diupah untuk menjaganya di kediaman mantan editor kanan, penerbit dan pengerusi syarikat komik terbesar dunia yang terletak di Los Angeles, California.

Walaupun syarikat pengurusan jururawat peribadi tersebut telah berhenti berkhidmat untuk Stan Lee, aduan demi aduan telah diterima terhadap beliau yang menuduh beliau keluar berjalan tidak berpakaian di rumah, permintaan seks oral dan menyentuh bahagian tertentu tubuh jururawat.

Setakat ini, tiada sebarang kes saman dan tuduhan jenayah seksual rasmi telah difailkan tetapi ia tetap dipandang serius oleh media dan pemerhati termasuk peminat siri-siri komik popular seperti Spider-Man, Fantastic Four dan Avengers itu.

Syarikat tersebut telah menamatkan kontrak pada penghujung tahun 2016 dan agensi penjaga beliau yang terkini, Vitale Nursing Inc. pula mengeluarkan kenyataan berbeza serta menganggap Stan Lee sebagai seorang yang “berkelakuan baik, berbudi bahasa dan menghormati” jururawat yang menjaganya.

Tiada pengesahan lanjut akan laporan dan perkembangan terbaru ini dan sekadar dianggap pertuduhan bebas mulut ke mulut oleh pihak tertentu.

Dengan iklim politik dan situasi Hollywood semasa di Amerika Syarikat sekarang, ramai akan tertunggu-tunggu apakah respon beliau dan pihak Marvel sendiri akan entri kami ini.

Last modified: January 10, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *