Lihat Pandang Pertama Adam Strange dalam Treler Rasmi Terbaru Siri TV KRYPTON!

141

Written by:

KomikSemasaTV

Semakin lama, semakin menarik dunia televisyen milik DC Comics.

Terdapat banyak babak dan syot mengujakan serta hebat dalam treler terkini Krypton ini yang salah satunya mendedahkan kita penampilan sulung Adam Stramge lakonan Shaun Sipos!

Walaupun watak komik tersebut tidak diperlihatkan dengan seragam adiwiranya, besar kemungkinan kita semua akan dapat menyaksikan kelibat beliau sekali lagi dengan lebih banyak apabila siri televisyen terbitan saluran SyFy tersebut bermula.

Penerbit menggambarkan Adam Strange dalam kisah asal-usul keturunan Superman ini sebagai:

“..a world-weary human, who finds himself stranded on Krypton as the unlikely mentor to Seg-El, Superman’s grandfather.”

Ini jelas menunjukkan bahawa Planet Krypton bakal menggantikan Planet Rann di mana Adam Strange muncul menerusi teleportasi Pancaran Zeta (Zeta Beam) sekiranya mengikut sejarah komik.

Tonton treler terbaru tersebut di bawah ini:

Krypton akan mula bersiaran menerusi saluran SyFy pada 21 Mac, 2018.

Last modified: January 10, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *