Treler Rasmi Terbaru Dedah Penampilan Sulung BLACK LIGHTNING bersama Barisan Adiwira Siri TV CW/DC Comics!

92

Written by:

Keluarga televisyen DC Comics makin membesar!

Minggu hadapan adalah bersambungnya siaran pertengahan musim untuk siri televisyen SupergirlThe Flash, dan Arrow termasuk slot permulaan baru untuk Black Lightning.

Maka sebagai sebuah langah dan usahasama promosi, sebuah treler panjang berjudul “Suit Up” telah dilancarkan hari ini dan memaparkan kesemua adiwira-adiwira DC Comics dalam Semesta Televisyen CW kembali mengenakan seragam mereka setelah berehat panjang.

Supergirl akan kembali pada 15 Januari dan akan ke udara selama empat minggu sebelum memberi laluan untuk Legends of Tomorrow yang akan bersiaran pada 12 Februari. Manakala The Flash akan menemui kita pada 16 Januari dan Arrow pula pada 18 Januari, 2018.

Berbeza dengan versi promosi ringkas minggu lalu, video terbaru yang lebih panjang kali ini memperlihatkan Jefferson Pierce muncul buat pertama kali di samping adiwira-adiwira yang lain pada penghujung treler dan akan hadir menerusi siri televisyennya sendiri pada 16 Januari, 2018.

Tonton treler rasmi terbaru tersebut di bawah ini:

Last modified: January 9, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *