Filem Reboot SPAWN Bakal Hadir sebagai Thriller Supernatural, Bukan Genre Superhero!

82

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasa

Ini ada berita terkini untuk semua peminat Spawn.

Pengasas bersama Image Comics dan legenda industri komik Amerika Syarikat, Todd McFarlane telah mendedahkan bahawa filem reboot Spawn terbaru arahannya kelak akan berkonsepkan ‘thriller supernatural’ dan bukan superhero yang telah banyak membanjiri pasaran sekarang ini.

Memberitahu portal Azcentral dalam satu wawancara eksklusif:

“We just signed off on the script and are going into budgeting. We’re also having our casting meeting. It will be dark and heavy, serious, R-rated. It won’t be a superhero movie. I don’t think most people would categorize it as that. It will be a supernatural thriller, like a lot of good creep movies. The only thing in the movie that’s fantastic is Spawn.. and anything else is otherwise normal.”

Beliau juga turut mengesahkan Spawn tidak akan menuturkan sepatah pun kata atau dialog sepanjang filem tersebut dan memetik Jaws (1975) arahan Steven Spielberg sebagai sumber inspirasi.

“It’s about the sheriff and the people, chasing the ghost. That’s it. The lead role isn’t Spawn, the lead role is a cop, like Sheriff Brody from Jaws. I think we can hook a fairly significant actor that we want. Unlike a superhero movie, we wouldn’t need an actor to put on prosthetic makeup or go to the gym. We just need him to act.”

Blumhouse Productions akan menerbitkan filem reboot ini dengan Todd McFarlane sendiri selaku penulis skrip dan pengarah. Filem adaptasi sulung Spawn pernah ditayangkan pada tahun 1997 yang dibintangi oleh Michael Jai White (The Dark Knight, Black Dynamite), John Leguizamo (Kick Ass, John Wick) dan Michael Sheen (Apocalypse Now, The West Wing).

Tiada sebarang nama pelakon atau tarikh tayangan rasmi diumumkan untuk versi filem reboot di atas setakat ini.

Last modified: January 8, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *