Dalam sebuah entri kami tahun lalu, sebuah filem solo Obi-Wan Kenobi telah sah dibangunkan oleh pihak LucasFilm dan Disney.
Pelakon utama watak tersebut dalam trilogi prekuel Star Wars sebelum ini iaitu Ewan McGregor telah hadir ke Anugerah Golden Globes semalam dengan jambang yang hampir sama dan serupa dengan kelibat Obi-Wan Kenobi. Beliau memberikan jawapan agak selamat dan menolak kemungkinan kemunculan beliau kembali dalam mana-mana filem Star Wars dalam masa terkdekat ini.
Beliau yang telah menggondol Anugerah Pelakon Terbaik untuk Siri Mini dan Filem Televisyen menerusi Fargo Musim ke-3 dengan bersahaja merendahkan spekulasi yang tersebar tentang peluang beliau kembali sebagai Mahaguru Jedi yang mendidik dan membentuk Anakin Skywalker. Beliau hanya memaklumkan yang biarlah ia menjadi sekadar khabar angin pada peringkat awal ini.
Malah beliau mengalih isu tersebut dengan memuji filem Star Wars Episode VIII: The Last Jedi dalam entri terkini Twitter di bawah ini:
Ewan McGregor on the rumors of him returning as Obi-Wan Kenobi in Star Wars: “There’s a lot of talk. But [it’s] just that. I’d be happy to play him again. . . There is no plan. I love the new one. I saw it over Christmas. . .it was really, really beautiful.”
— Julie Miller (@juliewmiller) January 8, 2018
Apa pula pendapat dan pandangan anda? Adakah beliau sengaja menyembunyikan sesuatu daripada peminat? Atau adakah memang benar-benar tiada apa perkembangan baru sedang berlangsung sekarang ini?
Nyatakan terus menerusi ruangan komen tersedia di bawah.
Last modified: January 8, 2018