Penerbit Besar Francais X-MEN Terbuka dengan Idea Pelintas (Crossover) Marvel Studios!

133

Written by:

AnimasiBukuDan Lain-LainFilemGamingKomikSemasaTV

Makin besar projek, makin besar pula kecabarannya.

Apabila rasminya perjanjian untuk pembelian 21st Century Fox oleh Disney, ramai yang beranggapan bahawa semua watak-watak dan harta intelek Marvel seperti X-Men serta Fantastic Four akan diolah semula (reboot) ke dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Walau bagaimanapun, itu bukan satu-satunya kemungkinan yang bakal berlaku.

Sumber diperolehi baru-baru ini mendedahkan bahawa pihak Fox tetap akan meneruskan projek-projek filem sedia ada sehinggalah satu pengumuman rasmi dibuat. Maka di sini jelas menunjukkan belum ada rancangan jelas dan kukuh untuk menggabungkan pasukan Avengers, X-Men dan Fantastic Four dalam sebuah jalan cerita malar untuk tempoh terdekat ini.

Namun sebaliknya, apakah satu jalan cerita pelintas (crossover) akan berlaku sebagai pilihan atau alternatif lain?

Ia mungkin satu idea yang akan memakan masa yang agak lama dan rumit untuk dirancang tetapi dalam satu wawancara bersama Rotten Tomatoes, penerbit besar francaais X-Men sejak 20 tahun lalu iaitu Lauren Shuler Donner tampak terbuka dengan prospek tersebut:

“Sure, why not? Look, it’s 18 months away, so who knows. For me, I think Bob Iger is one of the smartest men in the country. Alan Horn’s an old friend. Kevin Feige was my intern and assistant and then my associate producer on the first X-Men. Kevin and I started the X-Men together, so for me, if we work with Kevin.. I’m happy.”

Banyak perkara yang masih perlu difikirkan dan dipertimbangkan buat masa ini. Tetapi ada di kalangan peminat Marvel pula yang lebih rela melihat Presiden Marvel Studios, Kevin Feige memperkenalkan barisan X-Men tulen dan baru mereka sendiri tanpa ada kaitan dengan francais X-Men yang sedia ada.

Apa pula pendapat dan pandangan anda tentang perkembangan ini? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan yang disediakan di bawah.

 

Last modified: January 8, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *