JUSTICE LEAGUE Versi Penuh (Extended Cut) Hampir Sah & Rasmi untuk Format Blu-Ray!

198

Written by:

Apabila pihak Warner Bros. mengeluarkan arahan untuk menayangkan Justice League selama 2 jam sahaja, ramai peminat telah mempersoal kemampuan jalan cerita filem tersebut hanya dengan tempoh masa tersebut.

Ini terbukti selepas itu setelah pengkritik dan peminat yang sama telah sama-sama bersetuju dan terus mengencam akan risiko yang diambil kerana impaknya mengesankan perkenalan watak-watak utama, perkembangan antagonis dan memperkukuhkan konflik filem tersebut.

Walau bagaimanapun, harapan nampaknya kembali cerah buat mereka.

Merujuk kepada laman Amazon Germany hari ini, senarai baru pra-pesanan untuk Blu-ray Justice League telah mendedahkan durasi filem sepanjang 135 minit: iaitu tambahan 15 minit penuh dari versi teaterikal asal!

Ini secara langsung menghadirkan kemungkinan untuk kita semua melihat apakah babak tambahan yang wujud di bawah arahan Zack Snyder. Sama ada ia akan dipasarkan secara rasmi bagi pasaran antarabangsa atau hanya khas untuk pasaran negara tersebut, perlu kita nantikan dengan penuh sabar dan debar. Kedua-dua format Blu-ray buat Batman v. Superman dan Suicide Squad telah hadir dengan versi penuh (extended cut), maka ia bukanlah sesuatu yang canggung buat Semesta Sinematik DC untuk melaksanakan perkara sama.

Last modified: January 8, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *