Penerbit Filem Dedahkan James Bond Seterusnya Berkemungkinan Wanita atau Lelaki Bukan Kulit Putih!

124

Written by:

BukuFilemSemasa

Anda seorang peminat James Bond?

Penerbit francais filem perisik paling popular dalam sejarah dunia, Barbara Broccoli hari ini telah mengesahkan kebarangkalian akan hadir seorang pelakon wanita atau bukan berkulit putih bagi memainkan peranan sebagai Ejen 007, James Bonds apabila Daniel Craig mengundurkan diri kelak.

Ketika bercakap kepada Daily Mail, beliau sendiri telah menyatakan:

“..we could expect to see a female Bond or a black 007. These films tend to reflect the times so we always try to push the envelope a little bit. Anything is possible. Right now it’s Daniel Craig and I’m very happy with Daniel Craig. But who knows what the future will bring?”

Kemunculan semula Daniel Craig untuk filem James Bond ke-25 telah disahkan secara rasmi pada tahun lalu walaupun telah mula terbit spekulasi tentang siapakah penggantinya gara-gara kenyataan dalam satu wawancara pada tahun 2015 yang beliau lebih rela “menyiat pergelangan tangan” daripada kembali sebagai James Bond selepas Spectre.

Idris Elba, Tom Hiddleston, Michael Fassbender dan Charlize Theron adalah di antara nama-nama besar yang dicalonkan oleh para peminat. Manakala khabar angin lain pula menyatakan bahawa pelakon kelahiran British, James Norton merupakan calon utama untuk menggantikan Daniel Craig.

James Bond 25 dijangka akan menemui peminat seluruh dunia pada 8 November 8, 2019, dengan penulis skrip tetap Neal Purvis dan Robert Wade sedang dalam proses membentuk jalan cerita.

Masih tiada nama pengarah rasmi telah diumumkan setakat ini.

Apa pula pandangan dan pendapat anda tentang perkembangan terbaru ini? Nyatakan seperti biasa menerusi ruangan komen yang tersedia di bawah entri ini.

Last modified: January 4, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *