Pencipta & Pengarah THE X-FILES Berikan Respon Terhadap Pemergian Gillian Anderson!

71

Written by:

SemasaTV

Ejen Khas Fox Mulder dan Dana Scully berkemungkinan besar adalah pasangan paling ikonik dalam sejarah era televisyen moden.

Namun begitu, semua itu nampaknya akan berubah apabila Gillian Anderson mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan peranan utama serta francais The X-Files secara rasmi selepas selesai musim terbaru kelak.

Pencipta dan pengarah Chris Carter telah mengeluarkan kenyataan maklum balas di atas pemergian pelakon tersebut dan apakah kesannya untuk masa depan siri televisyen popular fiksyen sains bertaraf kultus yang mula disiarkan pada tahun 1993 itu:

“For me, the show has always been Mulder & Scully. So the idea of doing the show without her isn’t something I’ve ever had to consider. Was her character given a proper goodbye? I think you will want to sit down and watch the series finale very carefully.”

Peminat setia siri televiyen tersebut amat terkejut apabila Gillian Anderson membuat pengumuman rasmi itu pada bulan Oktober tahun lalu dan menyatakan Musim ke-11 adalah yang terakhir buatnya. Kemudian dalam satu wawancara berasingan dengan TV Insider, beliau sekali lagi mengulangi dan menegaskan keputusannya itu dan mahu fokus kepada projek baru lain seperti American Gods dan The Fall.  

Ini bukan perpisahan pertama untuk duo Ejen Khas FBI tersebut.

David Duchovny pernah keluar dan “tersingkir” dari Musim ke-8 dan Musim ke-9 siri The X-Files walaupun telah dipujuk beberapa kali untuk kembali bertahan sehingga penamat musim atas sebab beliau mahu fokus kepada karier filemnya.

The X-Files Musim ke-11 mula disiarkan kembali pada 3 Januari, 2018 menerusi saluran Fox.

Apakah pula pendapat dan pandangan anda?

Adakah anda bersedih dengan pemergian Gillian Anderson dan mampukah The X-Files diteruskan tanpa beliau?

Last modified: January 4, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *