Christian Bale Sahkan Rundingan untuk SOLO: A STAR WARS STORY, Dedah Minat Terlibat untuk Filem STAR WARS!

164

Written by:

Ini ada satu berita yang bakal membuatkan anda berasa teruja sepanjang hari.

Semasa pelakon Woody Harrelson dipilih sebagai watak mentor kepada penyeludup dan pemilik pesawat angkasa Millennium Falcon dalam filem Solo: A Star Wars Story awal tahun lalu, ada terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa Christian Bale (trilogi Dark Knight, Terminator Salvation) turut tersenarai untuk watak yang sama.

Dan hari ini, pelakon yang cukup versatil dengan watak-watak kompleks tersebut telah mengesahkannya secara rasmi.

Dalam satu temubual eksklusif menerusi saluran podcast Happy Sad Confused MTV, beliau mengakui tawaran yang diberikan adalah “amat menggoda” tetapi telah mendedahkan alasan spesifik yang berikut lalu melepaskannya:

“Yes. It was very tempting. I not only love the films going back to my childhood but also have a very long relationship with Kathleen Kennedy and Frank Marshall because they did ‘Empire of the Sun’ many years back. There was discussion.. and I hope there will be future discussions.”

Dengah terbitnya frasa “diskusi lanjut (future discussions)” di atas, ada kemungkinan positif dan harapan untuk melihat beliau beraksi dalam Star Wars serta tidak terkubur begitu sahaja. Akan tetapi, minat beliau akan genre superhero atau yang seumpamanya selepas ini perlu diyakini lagi andai ia dapat dijadikan realiti:

“I have not seen Ben Affleck’s Batman. Yes I’m interested in seeing it, my son seemed like he was really interested.. but then I realized he just wanted to see the trailer and that was it. I tend to go see films that my kids want to see. I have to confess I’m not a huge superhero film fan. People seem surprised at that, I don’t know why. I’ve not seen any of the Avengers films or any of those films at all. I hear they’re very good, but I’m quite happy just hearing they’re very good.”

Siapakah watak dalam legasi Star Wars yang anda mahukan untuk Christian Bale? Nyatakan idea dan cadangan anda dalam ruangan komen di bawah sebagai perkongsian bersama.

Last modified: January 3, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *