Trilogi Baru STAR WARS Bakal Mula Penggambaran Tahun Ini!

179

Written by:

AnimasiBukuDan Lain-LainFilemGamingKomikSemasaTV

Berita baru untuk Tahun Baru 2018.

Laporan daripada sebuah sumber laman web Scotland mendedahkan bahawa penggambaran prinsipal untuk trilogi baru Star Wars arahan Rian Johnson (Star Wars: The Last Jedi, Looper) akan dimulakan di negara tersebut pada bulan Jun nanti.

Berbanding dengan filem-filem utama yang bersandarkan kepada saga dan legasi keluarga Skywalker, naskah ini nanti akan hadir dengan jalan cerita serta plot berbeza. Antara lokasi rasmi yang telah dipilih adalah di utara Scotland seperti kawasan Argyll serta kawasan persekitarannya.

Penulis dan pengarah yang semakin disukai ramai itu meluahkan rasa terujanya untuk projek tersebut:

“I’m in the very beginning phases of coming up with it so right now the sky is kind of the limit. The appeal of it to me is to do a new story told over three movies, to have that kind of canvas, to be in the Star Wars world and to have the feel of a Star Wars film. Let’s tell one story over three movies, where we go to new places and meet new people. It’s a brand new story that feels like a great Star Wars story.”

Tiada sebarang maklumat lanjut atau tarikh tayangan rasmi untuk filem di atas setakat ini.

Last modified: December 31, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *