Siri Televisyen KRYPTON Rasmi Hadir Mac 2018, Imej Lebih Ramai Watak Baru Tertiris!

109

Written by:

KomikSemasaTV

Usaha saluran televisyen satelit dan kabel, Syfy bersama penerbit/pengarah/penulis David Goyer untuk menghidupkan siri prekuel Krypton memang tampak menarik.

Pada peringkat awal, jalan cerita dijangka hanya akan fokus kepada kisah nenda Superman iaitu Seg-El. Akan tetapi pada acara San Diego Comic-Con 2017 kita bakal menyaksikan satu plot lebih dinamik yang melibatkan pengembaraan masa (time travel) untuk membunuh Kal-El/Superman sebelum beliau dilahirkan!

Tarikh rasmi tayangan akhirnya telah ditetapkan pada 21 Mac, 2018.

Untuk itu, satu imej baru memperlihatkan nenda kepada Seg-el iaitu Val-el dalam sebuah babak yang amat genting bersama anggota keluarganya di bawah ini:

 

Last modified: December 29, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *