Imej Terkini FANTASTIC BEASTS 2 Dedah Kelibat Johnny Depp dan Watak Misteri “Rosier”!

91

Written by:

BukuFilemSemasa

Satu imej baru untuk filem Fantastic Beasts 2: The Crimes of Grindelwald telah didedahkan awal hari ini.

Ia menampilkan pelakon sensasi Johnny Depp sebagai Grindelwald bersama dengan Rosier lakonan Poppy Corby-Tuech yang akan menjadi salah satu rekrut Dark Wizard tersebut dalam filem ini.

Mengulas untuk wartawan USA Today, pengarah David Yates turut menerangkan status watak muda Albus Dumbledore yang dihidupkan oleh Jude Law. Sebelum menjadi Pengetua Hogwarts, beliau hanyalah seorang guru biasa di sana dan dilabel sebagai seorang yang:

“..refuses to conform to the status quo and is passionate, mischievous and an inspiration to his young students. Dumbledore sees Newt Scamander (Eddie Redmayne) as a kindred spirit, an outsider, who is misunderstood. They recognize each other’s strengths and vulnerabilities.”

Dumbledore dan Scamander bakal berpadu kuasa untuk berhadapan Grindelwald yang percaya bahawa:

 “..suppressing all non-magical beings, whom he views as inferior to wizards. He’s a charismatic figure who uses his undeniable appeal to inspire others to blindly follow his cause.”

Fantastic Beasts 2: The Crimes of Grindelwald akan berada di pawagam seluruh dunia pada 16 November, 2018.

Last modified: December 29, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *