Pengarah Ridley Scott Akui “Terlalu Merbahaya” untuk Terajui Filem STAR WARS!

156

Written by:

Nampaknya anda semua sudah boleh melupakan hasrat menonton sebuah filem Star Wars arahan Ridley Scott.

Pengarah tersebut yang amat dikenali menerusi francais filem Alien tampak langsung tidak berminat apabila ditanya oleh satu laman web tentang impian mengarahkan saga opera angkasa oleh George Lucas itu. Dengan nada bersahaja, beliau menjawab:

“No, no. I’m too dangerous for that.” 

Dan apabila ditanya mengapa dan kenapa, beliau terus menerangkan panjang lebar:

“Because I know what I’m doing. I think they like to be in control and I like to be in control myself. When you get a guy who’s done a low-budget movie and you suddenly give him USD$180 million, it makes no sense whatsoever. It’s f**kin’ stupid. You know what the reshoots cost? Millions! Millions!! You can get me for my fee, which is heavy.. but I’ll be under budget and on time. This is where experience does matter, it’s as simple as that! It can make you dull as dishwater but if you’re really experienced and you know what you’re doing, it’s f***ing essential. Grow into it, little by little. Start low-budget, get a little bit bigger, maybe after USD$20 million, you can go to USD$80. But don’t suddenly go to USD$160.” 

Ada kemungkinan pengarah tersebut merujuk kepada Gareth Edwards untuk filem Rogue One: A Star Wars Story bagi komen berkenaan penggambaran semula itu. Dengan hanya dua filem besar dalam portfolio pengarah Godzilla dan Monsters itu, filem tersebut terpaksa melalui proses penggambaran prinsipal semula yang panjang (terutama sekali untuk babak akhir) walaupun berjaya meraih kejayaan box-office.

Apa pula pendapat anda tentang jawapan Ridley Scott di atas? Tulis terus menerusi ruangan komen yang tersedia.

Last modified: December 28, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *