Mark Hamill Kesal Kritik THE LAST JEDI, Puji Terus Kredibiliti Pengarah Rian Johnson!

79

Written by:

AnimasiBukuFilemGamingKomikSemasaTV

Ikon dan legenda saga Star Wars, Mark Hamill baru-baru ini telah menyatakan kekesalannya mengkritik bagaimana wataknya Luke Skywalker telah ditulis dalam Star Wars: The Last Jedi.

Merujuk kepada pengakuan menerusi media sosial itu, beliau sepatutnya melindungi perbezaan kreatif di antara dirinya dan pengarah/penulis Rian Johnson secara tertutup:

Sebelum ini, Mark Hamill telah beberapa kali mengkritik secara terbuka tentang halatuju watak Luke Skywalker yang cuba dibawa Rian Johnson untuk Star Wars: The Last Jedi. Malah dalam satu wawancara bersama Vanity Fair pada Mei lalu, beliau pernah berkata:

“I pretty much fundamentally disagree with every choice you’ve made for this character.”

Selang seminggu selepas filem sekuel kepada Star Wars: The Force Awakens itu ditayangkan pula, satu wawancara mendedahkan beliau dengan lantang mengkritik Luke Skywalker sebagai seorang yang sudah “putus asa” daripada “membetulkan apa yang salah”. Dalam wawancara yang sama, pelakon suara popular The Joker itu  turut mengakui ia bukan versi Luke Skywalker yang pernah beliau kenali selama ini dan meluahkan:

“I had to do what Rian Johnson wanted me to do because it serves the story well. He was the exact man that they need for this job.” 

Star Wars: The Last Jedi masih lagi ditayangkan serta dipuji oleh ramai media pengkritik walaupun mendapat campuran reaksi positif dan negatif daripada peminat setia dengan jalan cerita paling radikal dalam sejarah francais tersebut.

Last modified: December 27, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *