Pengarah Matt Reeves Umumkan THE BATMAN Bebas Kontinuiti DCEU, Ben Affleck Sekali Lagi Dilapor Tidak Terlibat!

205

Written by:

Apa sudah jadi?

Terdapat satu wawancara yang diberikan oleh Matt Reeves sebelum bermulanya acara San Diego Comic-Con (SDCC) bulan lalu tetapi tidak didedahkan secara terbuka telah mula muncul secara online dan mencetuskan persoalan demi persoalan.

Percaya atau tidak, kenyataan yang diberikan tentang filem The Batman yang bakal diterajuinya dalam temubual tersebut nampaknya bakal mengundang perdebatan malah kontroversi di kalangan pengkritik dan peminat. Semasa muncul untuk berbicara bersama podcast rasmi The Business, beliau telah diajukan soalan mengenani perancangan projek filem solo Batman tersebut dan terus menyatakan filem tersebut tidak lagi menjadi sebahagian daripada Semesta Filem DC (DC Extended Universe/DCEU):

“Well, I have a vision for a way to do something with that character that feels like it resonates with me personally.. and a perspective that can grow out into other things. When they [Warner Bros.] approached me, what they said was ‘Look, it’s a standalone, it’s not part of the extended universe.”

Dengan ini, ramai pastinya akan beranggapan The Batman akan wujud dalam kontinuiti yang sama sekali berasingan dan berbeza dengan mana-mana jalan cerita DCEU sejak Man of Steel (2013). Secara langsung, ini bermakna bahawa filem di atas kelak akan mempunya plot jalan cerita tersendiri dan tidak ada kaitan dengan semua yang berlaku sebelum atau selepas Justice League.

Dengan pengumuman terbaharu untuk filem solo The Joker & Harley Quinn semalam, ia bakal dan sudah mengakibatkan banyak kekeliruan buat kita semua. Tambahan lagi satu ketika dulu pihak Warner Bros. Pictures dan DC Comics juga pernah menzahirkan idea untuk projek seumpamanya serta disahkan lagi dengan sumber yang kami perolehi hari ini menerusi laman portal rasmi THR.

Menurut sumber tersebut:

“The new line, or possibly label, will allow for the making of movies that will stand apart and separate from those big-budget tentpoles. Matt Reeves’ The Batman, for example, is intended to not be connected to the Justice League universe but to be set in a different time period and star another actor.”

Berita ini tampak muktamad dan sahih.

Cuma sekarang di manakah kedudukan Ben Affleck dalam semua perkembangan ini seandainya ia benar?

Apa pun begitu, pihak Warner Bros. Pictures dan DC Comics perlu segera keluar dengan kenyataan media rasmi demi pencerahan bersama serta merungkai segala persoalan yang timbul.

 

Last modified: August 24, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *