Penulis Geoff Johns Dedah Variasi Eksklusif Kulit Muka Hadapan untuk Komik DOOMSDAY CLOCK #1!

121

Written by:

Dua buah variasi kulit muka hadapan untuk siri mini komik Doomsday Clock didedahkan oleh Geoff Johns menerusi akaun Twitter rasmi miliknya semalam.

Dan pada hari ini pihak DC Comics sendiri nampaknya telah memperlihatkan kulit muka hadapan kekanta dengan varian lentikular khas yang mewujudkan spekulasi di kalangan ramai peminat bahawa Rorschach dari Semesta Komik Watchmen bakal memainkan peranan lebih penting selepas ini. Ini kerana selepas pendedahan bahawa Mr. Oz sebenarnya adalah (SPOILER) Jor-El versi komik New 52 DC Comics, penggemar dan pengikut setia DC Comics meramalkan yang bukan hanya watak Doctor Manhattan daripada komik Watchmen akan muncul sepanjang plot dan penceritaan ia kelak.
Dengan siri Dark Nights: Metal yang sedang rancak berlangsung sekarang ini, kita terpaksa menunggu seketika sebelum kemunculan mana-mana kelibat watak Watchmen dalam komik tersebut. Ada satu teori menarik mengemukakan bahawa The Comedian adalah salah-satu daripada tiga Jokers yang dilihat Batman ketika duduk di atas Kerusi Kosmik Mobius milik Metron.

Justeru itu, timbul persoalan-persoalan lain sama ada Nite Owl yang diiktiraf ramai sebagai protagonis utama dalam siri mini komik Watchmen tulisan penulis legenda Alan Moore dan lukisan Dave Gibbons sebelum ini bakal membuat kemunculan juga. Ada berkemungkinan besar untuk berhadapan dengan Doctor Manhattan sendiri atau memberi petunjuk kepada pasukan Justice League bagaimana cara serta kaedah untuk menghalangnya.

Lihat kesemua variasi kulit muka hadapan tersebut di bawah ini:

Doomsday Clock #1 akan berada di pasaran pada 22 November, 2017.

Last modified: August 23, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *