Tonton Treler Gameplay Rasmi Baharu untuk STAR WARS BATTLEFRONT II!

130

Written by:

Sebelum ini, Star Wars Battlefront bukanlah sebuah permainan video yang 100% mengecewakan.

Akan tetapi ia seolah-olah tidak menepati citarasa sebenar yang didambakan kebanyakan peminat tegar francais tersebut dan hanya sekadar ‘OK’ sahaja.

Walaupun mod online yang dipersembahkan agak memuaskan hati dan baik, kempen untuk mod pemain tunggal tidak diwujudkan dan ini menampakkan permainan video tersebut tidak mengambil kesempatan penuh terhadap Semesta Star Wars yang terhidang untuk kita. Ada yang mengatakan ia berpunca dari laporan bahawa pihak EA dan DICE tidak boleh menggunakan sebarang kandungan daripada trilogi filem-filem baharu di bawah Disney/Lucasfilm.

Namun begitu, semua itu bakal berubah dengan kehadiran sebuah sekuel serta treler gameplay baharu Starfighter Assault yang memaparkan pertarungan epik di ruang angkasaraya yang mana para pemain dapat beraksi pada mana-mana era Star Wars berbeza berdasarjab pilihan masing-masing.

Hanya masa sahaja yang dapat menentukan sama ada Star Wars Battlefront II akan tampil sebagai permainan video paling hebat kesukaan ramai dalam sejarah francais Star Wars.

Tonton treler gameplay rasmi permainan video tersebut di bawah ini:

Star Wars Battlefront II akan mula berada di pasaran pada 17 November, 2017.

Last modified: August 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *