Tonton Treler Teaser Rasmi Sulung untuk Siri TV Netflix/Marvel, THE PUNISHER!

153

Written by:

KomikSemasaTV

“The past is more than memories, it’s the devil you sold your soul to. He’s coming. He’s coming to collect…”

Treler teaser rasmi pertama untuk siri web strim The Punisher terbitan Marvel dan Netflix The Punisher baharu dilancarkan sebentar tadi dan ianya memberikan kita gambaran serta tentang apakah yang boleh diharapkan apabila watak anti-hero utama lakonan Jon Bernthal (The Accountant, Fury) tersebut muncul kembali demi menuntut keadilan dengan kaedahnya yang ganas dan ekstrem.

Video ini memperlihatkan imbasan sejarah traumatik yang pernah dilalui Frank Castle apabila beliau dipaksa untuk berkhidmat di Timur Tengah dan seluruh ahli keluarganya di bunuh kejam sebelum bernekad menjadi seorang anti-hero yang penuh dendam kesumat di jiwa.

Tonton treler teaser rasmi tersebut dan nyatakan apa pendapat dan pandangan anda seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah ini:

The Punisher akan disiarkan menerusi saluran Netflix dan distrim secara digital serentak seluruh dunia selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Last modified: August 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *