Filem Solo OBI-WAN KENOBI Kini dalam Fasa Pembangunan Awal di Lucasfilm dan Disney!

123

Written by:

AnimasiDan Lain-LainFilemGamingKomikSemasaTV

Memang telah kedengaran khabar angin dan desas-desus yang projek ini bakal dihidupkan.

Tetapi nampaknya hari ini semuanya nampak rasmi serta jelas sekali apabila sumber yang kami perolehi dari The Hollywood Reporter berjaya membongkar maklumat sahih bahawa Lucasfilm dan Disney telah memasuki fasa pembangunan awal perbincangan dengan calon tiga kali Anugerah Academy, pengarah Stephen Daldry (The ReaderThe HoursBilly Elliot) untuk sebuah filem antologi Star Wars yang berputar sekitar watak kegemaran ramai Obi-Wan Kenobi!

Projek ini sebenarnya masih lagi terlalu awal untuk dimaklumkn secara terperinci. Tiada skrip. Tiada calon-calon pelakon. Tiada pasukan produksi. Namun sekiranya pengarah berprofil tinggi tersebut bersetuju untuk menerajuinya, beliau akan diberi mandat membangunkan dan menulis skrip filem ini dengan panel skrip Lucasfim secara rasmi.

Sama ada pelakon yang pernah membawa watak tersebut dalam trilogi prekuel sebelum ini iaitu Ewan McGregor (Beauty and the Beast, T2 Trainspotting) akan kembali memegang peranan selaku teraju utama masih belum dapat dipastikan jua. Kerana ada kemungkinan ia tidak berlaku dalam kontinuiti saga Star Wars trilogi prekuel (1999-2005) atau sebelum trilogi asal (1977-1983).

Manakala sumber tambahan yang kami petik dari Variety pula menyatakan masih belum diketahui sama ada filem ini akan keluar selepas tamat projek Star Wars: Episode IX pada tahun 2019. Selepas filem Han Solo ditayangkan tahun hadapan, terdapat pembangunan projek untuk filem solo Boba Fett dan Yoda pula sekiranya Obi-Wan Kenobi tidak dapat dimuatkan untuk slot pada tahun 2020.

Apa pula pandangan anda untuk perkembangan terbaharu yang menarik ini?

So, what do you guys think? Sound off with your thoughts below!

Last modified: August 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *