DC Comics Hadir dengan Kemaskini Terbaharu Komik Diinspirasi Siri Animasi THE JETSONS!

98

Written by:

AnimasiKomikSemasaTV

DC Comics dan Hanna-Barbera terus berpadu tenaga!

Pembaca komik dan peminat animasi akan berpeluang untuk bertemu kembali dengan keluarga retro dari masa hadapan tidak lama lagi apabila The Jetsons diumumkan sebagai salah satu terbitan terbaharu dari DC Comics dan Hanna-Barbera. Komik tersebut bakal dicetak sebagai set siri mini lapan keluaran tulisan Jimmy Palmiotti (Harley Quinn, Mortal Kombat vs DC Universe, Injustice) dan ilustrasi oleh Pier Brito (DC meet Hanna-Barbera, Booster Gold/The Flinstones Special).

Komik ini menceritakan tentang George dan isterinya seorang saintis NASA bernama Jane serta anak-anak mereka, Judy yang riang-ria sentiasa dan Elroy yang gemarkan semua perkara berkaitan dengan robot. Mereka akan ditemani oleh anjing kesayangan Astro dan robot pembantu rumah, Rosie.

The Jetsons dikhabarkan bakal berhadapan dengan ancaman luarbiasa dari luar galaksi yang tidak pernah dilalui langsung sebelum ini!

Sebelum ini, kolaborasi DC Comics dan Hanna-Barbera juga pernah menerbitkan judul komik seperti The FlintstonesScooby Apocalypse dan Future Quest untuk tatapan generasi moden alaf baharu.

The Jetsons #1 akan berada di pasaran pada 1 November, 2017.

Last modified: August 18, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *