Hulk Muncul Bintang Utama untuk Iklan Renault Kwid Baharu!

162

Written by:

FilemKomikSemasaTV

Peluang untuk Hulk beraksi menerusi filem solonya sendiri adalah amat tipis atau mungkin tidak akan berlaku sama sekali (setakat ini).

Akan tetapi, adiwira bertubuh agam dan sasa itu tetapi menyerlahkan keperkasaannya menerusi filem-filem Marvel Studios seperti Avengers (2012), Avengers: Age of Ultron (2015) dan Thor: Ragnarok (2017). Sementara kita menanti sebarang berita yang menyatakan sebaliknya, watak Hulk/Bruce Banner yang sebelum ini pernah dilakonkan oleh Eric Bana serta Edward Norton dan yang terkini Mark Ruffalo itu telah hadir dalam satu iklan terbaharu oleh pengeluar kereta buatan Perancis, Renault.

Hulk dapat dilihat tangkas berlari dan melompat di tengah-tengah bandaraya demi menyelamatkan orang ramai daripada ditimpa bencana!

Ini bukanlah kali pertama adiwira tersebut muncul menerusi iklan di kaca televisyen. Hulk pernah hadir dalam iklan Coca-Cola bersama Ant-Man awal tahun lalu walaupun hanya dengan rekaan imej janaan komputer (CGI). Ia tetap lebih menjimatkan daripada memanggil pelakon asal sendiri untuk beraksi.

Tonton iklan baharu Renault Kwid lakonan Hulk di bawah ini:

Penggambaran iklan ini telah dilakukan di São Paolo untuk pasaran seluruh Brazil.

Last modified: August 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *