Tamat SECRET EMPIRE, Kingpin Bakal Dilantik sebagai Datuk Bandar New York Baharu!

103

Written by:

Daredevil akan mendapat sentuhan Marvel Legacy menjelang bulan November ini.

Dan dalam keluaran isu Daredevil #595, Kingpin akan membuat penampilan di luar jangkaan kerana beliau bakal dinobatkan sebagai Datuk Bandar New York yang baharu!

Ini merupakan satu perubahan status quo yang agak mendadak dan drastik buat watak antagonis tersebut tetapi ia dilihat wajar memandangkan beliau telah berjaya memenangi hati rakyat dalam komik siri mini Secret Empire setakat ini dengan membuat kebaikan kepada penduduk bandaraya New York. Penulis Charles Soule (Death of Wolverine, Inhumans vs X-Men) akan berganding bahu dengan pelukis Stefano Landini dengan lebih banyak kejutan demi kejutan yang besar:

“One thing that’s always helped Matt in his fights against Fisk is that he’s had the law on his side. The Kingpin of Crime is… the Kingpin of Crime and so by definition he couldn’t really operate in the open. In this ‘Legacy’ story, that has changed. The city belongs to the Kingpin, which means, in many ways, Daredevil is the outlaw. I think it’ll make for a really interesting story.” 

Dengan komik Daredevil #600 bakal terbit pada tahun hadapan, ternyata ini memang satu permulaan menarik menjelang pencapaian angka ulangtahun di atas dan apakah yang bakal dilakukan oleh Matthew Murdock sebagai Daredevil demi menghadapinya nanti.

Apa pendapat dan pandangan anda pula? Komen seperti biasa menerusi ruangan di bawah.

Last modified: August 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *