Adik Ben Affleck, Casey Affleck Akui Abangnya Tidak Mungkin Akan Kembali dalam THE BATMAN?

278

Written by:

Ini ada cerita yang agak membingungkan.

Baru-baru ini telah kedengaran khabar angin yang melaporkan bahawa bintang ternama, Ben Affleck (Batman v Superman: Dawn of Justice, Suicide Squad) sekali lagi mahu menggantung seragam dan topeng Batman kepunyaan beliau selepas selesai kontrak lakonan untuk filem Justice League.

Dan pada hari ini, adik kandungnya iaitu Casey Affleck (Manchester by the Sea, The Finest Hours) telah menambahkan lagi butiran terbaharu tentang betapa signifikannya kenyataan-kenyataan khabar angin tersebut!

Walaupun Ben Affleck sendiri telah mengesahkan atau setidak-tidaknya mengumumkan bahawa kesemua khabar angin di atas adalah tidak benar sebelum ini (rujuk entri SDCC’17 kami DI SINI), Casey Affleck yang muncul sebagai tetamu program radio sukan WEEI menyatakan sebaliknya.

Ditanya secara langsung sama ada abangnya akan kembali dalam filem solo The Batman tidak lama lagi, beliau menjawab:

“.. He’s not gonna do that movie, I don’t think.”

Sama ada perkembangan terkini berdasarkan kenyataan di atas adalah benar, ada desas-desus yang mengatakan ia hanyalah sebagai gurauan. Dengar temubual audio tersebut DI SINI (mula dengar pada minit 6:35) atau tonton versi videonya di bawah ini:

Filem The Batman arahan Matt Reeves (Dawn of the Planet of the ApesWar for the Planet of the Apes) masih belum lagi memiliki tarikh tayangan rasmi.

Last modified: August 16, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *