Previu DARK NIGHTS: METAL #1 Dedah Penampakan Voltron dan Sarat Kejutan Besar!

144

Written by:

Entri ini disertakan dengan kandungan bahan tertiris beserta AMARAN ‘SPOILER’.

Bukan selalu mana-mana penerbit mendedahkan previu komik (terutama sekali untuk halaman terakhir!) dalam isu pertama bagi sebuah siri komik pelintas atau crossover besar sebelum ia rasmi berada di pasaran.

Tetapi DC Comics telah melakukan satu langkah yang ternyata cukup unik dan tersendiri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Melihat previu sebanyak lebih 20 muka surat untuk komik Dark Nights: Metal #1 yang akan hadir di mana-mana kedai komik termasuk di atas talian digital esok, pasti ramai di antara kita akan terkesima dengan pendedahan pada halaman terakhir. Nampaknya watak ciptaan penulis dan pengarang tersohor Neil Gaiman iaitu Dream atau lebih dikenali dengan nama The Sandman bakal memainkan peranan penting dalam siri mini Dark Nights: Metal hasil karya gabungan Scott Snyder dan Greg Capullo!

Menerusi satu wawancara bersama Washington Post yang disiarkan secara langsung awal pagi tadi, penulis Scott Snyder memberitahu bahawa Neil Gaiman telah memberikan penjelasan berikut tentang peranan Sandman dalam siri mini komik di atas:

” ‘I love it. Go for it.’ I was so excited to hear that from Neil Gaiman. It was one of the greatest days of my professional life.  He couldn’t have been more generous. I just want to say thank you to him for sharing such an incredibly special character with us. It’s literally one of the best moments of my career, to be able to get to write a character that meant so much to me growing up and still does..”

Dark Nights: Metal #1 akan berada di pasaran esok dan anda boleh lihat previu eksklusif komik tersebut beserta varian ilustrasi kulit muka hadapan oleh Andy Kubert, John Romita Jr. dan Jim Lee di bawah ini:

Dark Nights: Metal #1 goes on sale this Wednesday with a retail price of $4.99.

Last modified: August 15, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *