Pelukis Popular, J. Scott Campbell Dedah Varian Lengkap Ilustrasi Kulit Muka Hadapan Komik SECRET EMPIRE!

89

Written by:

Ini ada sesuatu yang menakjubkan untuk perhatian bersama.

Sejak isu pertama komik Secret Empire berada di pasaran pada awal Mei lalu, setiap naskah yang terbit akan hadir dengan satu edisi varian dengan hasil lukisan oleh J. Scott Campbell (Gen 13, Danger Girl) dan warnaan digital oleh Peter Steigwald.

Dan baru-baru ini, pelukis popular yang pernah berkhidmat untuk Marvel, DC Comics, Image Comics dan banyak nama-nama penerbitan besar lain dalam industri komik telah mendedahkan kesemua varian lengkap untuk ilustrasi kulit muka hadapan siri mini Secret Empire yang semakin menuju penamatnya itu. Untuk projek tersebut, beliau telah menghasilkan satu ilustrasi baharu untuk isu #1 (lihat bahagian atas kiri ilustrasi lengkap) tetapi masih menyimpan ilutrasi asal untuk melengkapkan set 10 rangkaian ilustrasi muka hadapan yang boleh dicantum menjadi satu imej besar!

J. Scott Campbell turut berkongsi sebuah foto yang memperlihatkan beliau memegang ilustrasi asal imej tersebut bagi tujuan penskalaan:

Secret Empire #9 dijadualkan untuk berada di pasaran pada 23 Ogos manakala Secret Empire #10 pula pada 30 Ogos, 2017.

Last modified: August 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *