Tonton Treler Rasmi Akhir dan Klip Video Baharu untuk Siri THE DEFENDERS!

151

Written by:

AnimasiFilemKomikSemasaTV

The Defenders akan mula disiarkan secara strim digital menerusi saluran Netflix tidak lama lagi.

Dan pada hari ini, pihak Marvel telah melancarkan sebuah video treler rasmi akhir untuk siri yang dinanti ramai itu. Ada banyak babak-babak daripada siri tersebut telah terlihat sebelum ini tetapi terdapat beberapa lagi paparan baharu dalam video baharu ini terutama sekali penampakan Elektra yang sedang bertempur dengan Luke Cage!

Malang sekali untuk pembunuh upahan berkuasa mistik itu, bilah pisaunya tidak dapat menembusi susuk tubuh Luke Cage atau pun penumbuk padu Iron Fist sekali.

Tonton treler rasmi akhir The Defenders bersama sebuah klip video pendek serta imej baharu untuk sebuah majalah yang menampilkan kesemua teraju utama Luke Cage, Jessica Jones, Iron Fist dan Daredevil di bawah ini:

The Defenders akan disiarkan menerusi saluran strim digital Netflix bermula pada 18 Ogos, 2017.

Last modified: August 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *