Tom Cruise Dilaporkan Cedera Ketika Lakukan Aksi Lagak Ngeri untuk MISSION: IMPOSSIBLE 6!

168

Written by:

Habis kecoh satu dunia.

Lewat malam tadi, sumber yang kami perolehi dari TMZ melaporkan bahawa calon tiga kali untuk pelakon terbaik Anugerah Academy dan bintang sensasi Hollywood, Tom Cruise telah cedera ketika melakukan aksi lagak ngeri di set penggambaran Mission: Impossible 6. yang kini dijalankan di kota London.

Pelakon hebat tersebut sedang dalam percubaan untuk melompat dari satu bangunan ke satu bangunan lain. Akan tetapi lonjakan beliau tidak menepati sasara yang dirancang dan akibatnya membuatkan beliau terhentak dan terhempas ke sisi dinding bangunan. Beliau juga dilihat dapat memanjat semula untuk meneruskan babak tersebut walaupun dalam keadaan terhincut-hincut dan akhirnya rebah melutut.

Tom Cruise kemudiannya telah mendapat bantuan daripada krew terlibat dan kembali semula ke bangunan asal beliau memulakan lompatan itu tadi.

Betapa serius tahap kecederaan yang dialami oleh beliau masih tidak dapat dipastikan hingga kini dan adakah kemalangan tersebut akan memberi kesan dan impak kepada jadual penggambaran.

Akan tetapi anda boleh menonton video insiden tersebut di bawah ini:

Tom Cruise memang tidak asing lagi sebagai seorang pelakon yang gemar melakukan aksi lagak ngeri sendiri terutama sekali untuk semua filem-filem dalam francais Mission: Impossible. Antaranya adalah memanjat puncak bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa dalam Ghost Protocol. Empat tahun kemudian, beliau berpaut pada pesawat pengangkut udara Airbus A400M pada jarak 5,000 kaki di atas ruang udara dalam Rogue Nation.

Mission: Impossible 6 akan berada di pawagam seluruh dunia pada 27 Julai, 2018

Last modified: August 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *