Poster Rasmi Antarabangsa Jepun Filem JUSTICE LEAGUE Tampil Identiti Alter-Ego Teraju Utama!

164

Written by:

Sebuah poster rasmi antarabangsa dari Jepun untuk filem Justice League telah tertiris di atas talian.

Pada imej poster tersebut terpampang penampilan baharu lima daripada enam adiwira (yang keenam adalah Superman/Clark Kent) tanpa sebarang kostum atau seragam superhero yang sangat sinonim dengan identiti mereka. Identiti rahsia atau alter-ego mereka terdiri daripada Bruce Wayne, Diana Prince, Barry Allen, Arthur Curry dan Victor Stone.

Manakala kelibat mereka sebagai Batman, Wonder Woman, The Flash, Cyborg dan Aquaman pula dapat dilihat di bahagian bawah poster itu.

Setakat ini, kami hanya berjaya memperolehi imej beresolusi rendah untuk poster tersebut di bawah ini:

Justice League akan berada di pawagam seluruh dunia pada 17 November, 2017 kecuali di Jepun pada 23 November, 2017.

Last modified: August 13, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *